Selamat Datang

Terima kasih kepada pengunjung kerana melawati laman blog kami.

Monday, July 27, 2009

moto sekolah

BUDAYA GEMILANG
PRESTASI CEMERLANG
SKKL GEMILANG

Read more...

Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang

Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang telah dibina secara gotong-royong di atas tanah persendirian bagi tujuan persekolahan anak-anak peneroka dari tiga buah kampung, iaitu Kampung Ladang, Kampung Bangkahulu dan Kampung Londah.

Sekolah ini siap dibina pada tahun 1950 dengan tiga bilik darjah, sebuah bilik guru dan stor. Pada tahun 1957, dua buah bangunan baru telah dibina dengan satu bilik darjah dan sebuah dewan.

Pada tahun 1986, peruntukkan sebanyak RM 50 ribu telah diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membina bangunan tambahan yang mempunyai empat bilik darjah. Bangunan tersebut dibina secara konsep bergotong-royong oleh masyarakat setempat.

Berikutan pertambahan pelajar dan keperluan sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Landang menerima peruntukkan tambahan bagi membina makmal sains, bilik kemahiran hidup dan pusat sumber sekolah. Kemudiannya, sebuah surau didirikan untuk kemudahan pelajar bersolat serta menjalankan kegiatan keagamaan hasil usaha dan bantuan daripada PIBG dan sumbangan orang ramai.

Pada tahun 2000, empat unit rumah guru dibina dalam kawasan sekolah dan seterusnya pada tahun 2002, sekali lagi Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebuah makmal komputer yang lengkap dengan kemudahan peralatan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang bertambah lengkap dengan adanya pagar batu dan pondok pengawal yang dibina oleh Majlis Daerah pada tahun 2004 dan 2005.

Read more...

Sunday, July 12, 2009

Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Kg Ladang


Hari ini kg ladang dah ada blog.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP